PENGENALAN NGO

Persatuan Jurusolek Bumiputera Malaysia atau lebih dikenali sebagai MBMUAA ditubuhkan pada 4 Jun 2015.

Persatuan ini ditubuhkan untu mendukung visi dan misi bagi menaikkan martabat industri solekan sebagai satu industri kreatif yang dipandang tinggi setaraf dengan kerjaya lain di Malaysia.

Bilangan ahli adalah seramai 380 orang yang terdiri daripada belia dan professional, yang menjalankan servis berkaitan solekan dan kreatif secara separuh atau sepenuh masa.

Persatuan ini meliputi seluruh Malaysia.

OBJEKTIF PENUBUHAN

 

  • Membina satu platform yang menyatupadukan jurusolek-jurusolek bumiputera di Malaysia dengan berteraskan nilai positif dalam kerjaya dan membina penjenamaan diri sebagai usahawan yang berjaya.

 

  • Berperanan menjadi pemangkin pembudayaan dan pemerkasaan jurusolek bumiputera agar lebih berdaya saing, berwibawa, dinamik dan progresif melalui penganjuran program latihan dan seminar.

 

  • Menjadi pautan bernilai dalam menyebarkan maklumat berkaitan pendidikan, penyelidikan, teknologi terkini, acara, bantuan, dan peluang perniagaan dalam bidang solekan.

Kreativiti ke arah Usahawan Global  • Creativity Towards Global Entrepreneurs 

MISI DAN VISI KAMI

  • Menjadi penanda aras bagi kecemerlangan jurusolek bumiputera di Malaysia.

  • Menyediakan akses kepada peluang pembelajaran, penyelidikan dan peluang perniagaan yang dicipta khusus bagi industri solekan.

  • Meningkatkan taraf professionalisme jurusolek sehingga ke peringkat antarabangsa melalui kerjasama pintar dengan ekspo kecantikan.
  • Membimbing ahli menjadi lebih berdaya saing serta meningkat taraf kepada usahawan yang berjaya.

  • Memberi kerjasama kepada kerajaan dan agensinya dalam melaksanakan dasar-dasar negara khususnya yang melibatkan bidang solekan.

  • Menjaga kebajikan am ahli-ahli terutama bagi ahli yang memerlukan bantuan dan sumbangan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Sertai Kami Hari Ini